Mesir nafi tunda pilihanraya parlimen


Perdebatan tarikh pilihanraya di kalangan masyarakat Mesir

Seorang wakil dalam Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menyatakan bahawa pilihanraya parlimen Mesir akan berlangsung pada waktu yang telah dijadualkan, iaitu pada September ini.

Sedemikian itu menjawab kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri Mesir, Yahya Al-Jamal dalam kenyataannya yang berkata, "Majlis Tertinggi Angkata Tentera telah bersetuju menunda pilihanraya pada bulan Disember akan datang."

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Mesir, Essam Abdel-Aziz Sharaf bercakap mengenai boleh menunda tarikh pilihanraya bagi memberikan peluang masa yang secukupnya kepada parti-parti politik mengukuhkan kedudukan organisasi.


Menukil dari agensi berita Perancis, seorang wakil dari Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang enggan namanya didedahkan berkata, "Majlis Tertinggi Angkatan Tentera tetap berpegang dengan perkara yang telah diputuskan sebelum ini, iaitu mana-mana pilihanraya akan diadakan pada penghujung bulan September hasil dari perlaksanaan keputusan rombakan perlembagaan yang telah disuarakan oleh masyarakat Mesir dengan sokongan majoriti sebanyak 77%."

Agenda asas parlimen pada masa akan datang adalah menetapkan perlembagaan baru ke atas negara ini berdasarkan dari pilihanraya presiden.

Demikian itu, pada waktu yang sama, parti-parti politik melahirkan rasa bimbang perlaksanaan pilihanraya parlimen September ini disapu bersih Jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimin yang ternyata lebih tersusun berbanding parti-parti lain di Mesir waktu sekarang. Sementara itu, kekuatan parti-parti sekular masih lemah dan ada yang masih dalam proses penubuhan.

Turut dibimbangi parti-parti lain khususnya kemungkinan parti berideologi Islam menguasai parlimen pada masa akan datang dan akan memberikan peluang kepada mereka memerintah dengan perlembagaan baru.

Dari sudut lain, senator Amerika Syarikat, John McCain ketika lawatan penutup di Kaherah mengungkapkan keyakinannya bahawa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera berusaha untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang dipilih dalam waktu terdekat ini.

Sebaik sahaja pertemuan dengan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Panglima Tertinggi Muhammad Husin Tantawi, McCain berkata, beliau menerima kepastian bahawa kuasa pemerintahan akan diserahkan kepada pemerintah awam selepas dilaksanakan pilihanraya.


Sumber: 27/06/2011, web berita Al-Jazeerah
warsmanus.blogspot.com
Category:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..