Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Tajuk : Di Manakah Kesilapan Kita?
Pengarang : Prof Dr Yusuf Al-qardawi
Terbitan :Perniagaan Jahabersa
Bil Muka : 141
Alhamdulillah, buku yang keberikutnya telah tamat ku mentelaah disamping kitab-kitab kuliah yang sememangnya tidak dapat dilupakan. Dalam fatrah imtihan, sesiapa yang melupakan kitab kuliah berti telah lupa matlamat.
Apa tidaknya? Tujuan (hadaf) utama anda bermusafir ke dunia seribu menara (Mesir) adalah untuk mencari permata ilmu tinggalan para ulama’. Jadi tidak wajarlah anda melupakan Kitab, terutamanya kitab-kitab kuliah.
Sedikit perkongsian mengenai buku yang baru dikhatamkan ini.:
Dalam buku ini, doktor Yusuf al-Qardawi cuba menyingkap dari sekecil-kecil masalah sehinggalah kepada jurang-jurang dalam mengenai keretakan sesebuah haraki ataupun jemaah.
Beliau menekankan agar para pekerja tidak hanya pandai dan banyak bercakap, tetapi jadilah warga penggerak kepada teraju sesebuah jemaah. Tidak hanya banyak mengkritik, tapi banyakkan berkerja.
Firman Allah yg bermaksud : Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan kebaikan dan mecegah dari perkara kemungkaran (at-taubah :71)
Suka saya berkongski dengan pembaca sekalian mengenai 20 noktah dalam merialisasikan cita-cita tertinggi umat Islam iaitu menguasai alam (ingat kembali 7 maratib amal). Ruang lingkup pemerhatian dan penumpuan hendaklah diubah :
1- Dari masalah cabang (furu) serta juzuk kepada perkara asasi (usul) serta keseluruhan.
2- Dari memberatkan ibadah sunat kepada memberatkan serta menumpukan amalan fardu.
3- Dari masalh khilaf kepada masalah yang disepakati ulama’
4- Dari amalan anggota luaran kepada amalan hati.
5- Dari bentuk melampau serta berlebihan kepada pertengahan serta kesederhanaan.
6- Dari kesusahan serta menjauhkan diri kepada kemudahan serta bermasyarakat.
7- Dari bersikap jumud serta bertaklid kepada berijtihad serta melakukan pembaharuan.
8- Dari banyak bercakap serta berbantahan kepada sikap memberi dan banyak amalan.
9- Dari hanya dari mengikutkan perasaan serta bekerja tanpa bersisitem kepada kajian ilmiah serta berperancangan.
10- Dari sikap fanatic terhadap golongan lawan ketika mengeluarkan sesuatu pendapat kepada bersikap berlapang dada dengan mereka.
11- Dari gaya bersemangat kepada gaya bertafaqquh.
12- Dari terlalu menitik beratkan kuantiti kepada mementingkan mutu kualiti.
13- Dari mendongak ke langit impian kepada menunduk ke bumi realiti.
14- Dari mencari kedudukan kepada bercampurgaul dengan masyarakat.
15- Dari mengingati perkara silam kepada menghayati kehidupan semasa untuk persiapan masa depan.
16- Dari tenggelam dalam suasana amali politik kepada turut menumpukan amalan masyarakat.
17- Dari melakukan perselisihan yang menentang serta berseteru kepada hanya perselisihan dari segi saling bantu-membantu.
18- Dari melupakan hal ehwal kehidupan kepada beribadah dengan tekun menghayati realiti kehidupan.
19- Dari hanya berfokus kepada kawasan tempatan yang sempit kepada turut sama memberikan tumpuan kepada alam sejagat yang lebih luas.
20- Dari rasa takjub kepada diri sendiri kepada sikap bermuhasabah kekurangan diri.
Firman Allah taala : maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu (at-tagbun:16)
Cukup cantik kalam ini.
Kekuarangan ada pada setiap diri kita, beriman kepada Allah taala, tetapi tidak patuh segala perintahNya, cintakan rasullullah salla Allahu alaihi wasalam, tetapi tidak mengikuti manhajnya (ketetapan),hendak masuk syurga tetapi tindakan tidak diusahakan untuk ke syurga, takutkan neraka, tetapi menelusuri jalan ahli neraka, berbangga dikaitkan dengan Islam, tetapi tidak berusaha membantu Islam.
Berbahagialah orang yang memulakan untuk memperbaiki diri, kemudian berdakwah kepada orang lain, meletakkan tangannya di dalam tangan golongan yang baik serta sefikrah dengannya, tidak berputus asa dengan harinya, tidak berputus asa pada hari esoknya, yakin terhadap dirinya, memuliakan agama, beriman dengan Allah taala untuk mengharapkan kemenangan yang dijanjikan kepada orang mukmin.
Diikutkan hati ini, ingin saya catitkan satu persatu. Secara jujurnya bahasa yang digunakan penterjemah agak sukar diselami, jadi untuk menjamin kefaham penuh bacaan secara berualang kali perlu. Mungkin pemahan si pembaca terlalu lemah berbanding kalian.
Wa Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment