Pilihanraya Mesir Dedahkan Perpecahan di kalangan IM?

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
__________________________________


Selasa 21 Jun 2011


Media barat sering dihantui oleh teori “perpecahan dalaman IM” setiap kali perbezaan pendapat di dalam organisasi berkenaan diketahui umum.

Ini juga ternyata di dalam sebuah artikel New York Times mengenai keputusan Dr. Abdel Moneim Abul Fotouh bertanding sebagai calon bebas di dalam pilihanraya presiden. Ini sekaligus membelakangkan keputusan sebulat suara Majlis Syura IM yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding bagi memberi keutamaan kepada perpaduan nasional dan menumpukan kepada aktiviti pengukuhan akar-umbi. Natijahnya, IM melucutkan keanggotaan Dr. Aboul Fotouh, sebagai satu proses normal bagi mana-mana organisasi yang berwibawa bagi memastikan disiplin dan integriti di kalangan ahli-ahlinya.

Pengulas politik ingin mentafsirkannya sebagai tanda perpecahan di dalam organisasi dan tanda keruntuhannya. Padahal, ia sebenarnya mencerminkan kemantapan dan kekuatan IM yang membenarkan anggota-anggotanya (termasuk anggota kanan) bebas menyuarakan pandangan di khalayak ramai dan membuat keputusan selagi mereka sedar tentang natijah tindakan yang mungkin diambil terhadap mereka.


Apa yang sering gagal difahami oleh pemerhati dan pengulas politik ialah hakikat kekuatan dan kemantapan IM tidak bergantung semata-semata kepada bilangan ahlinya yang ramai, tetapi pendirian teguh dan disiplin ahli-ahlinya.


rujukan asal di sini

___________________________

Musuh-musuh Islam sentiasa memerhati segenap retak pada bahtera ISLAM, kenapa kalian terlalu sempit menyatakan kebenaran???

bantulah islam sekalipun terpaksa korbankan jiwa dan raga...


Category:

3 comments:

Sha-na.Szied said...

penah terfikir tak kenapa kebanyakan agama lain nak perangi islam..

mereka tak sibuk pula nak perangi agama Yahudi @ nasrani @ hindu @ budha..

tetapi islam masih terpelihara insya Allah..

kenapa??

Ini menunjukkan islam itu sendri ada qimah yang sangat2 besar sehinggakan agama2 lain ingin memerangi kita....

fahim ibnuHu said...

yup, Islam di cemburui kerana hemah dan cara hidupnya cukup lengkap dan tersusun.

takperlu pergi jauh, contoh mudah.
kita tengok sekeliling, orang akan cemburu apebila orang lain berkasih sayang dgn pasangan yg hensem mahupun cantik.

kenapa?
kerana dia cantik...
tp agama Islam lebih hebat lg, orang yg memilikinya hanya dr kalangn yg terpilih, tidak semua dapat, maka bagi yg dapat nikmat iman dan islam ini. syukurilah...

sebutlah Alhamdulillah ya Allah...

Sha-na.Szied said...

semoga kita sentiasa menjadi hmba Allah yang ghurabak nak2 pada akhir zaman fitnah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..