Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Apa khabar iman kalian hari ini?
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...
Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.
DALIL :
wajib:
Wa Allahu a'lam..
Kaji balik mandi wajib kita yok!
meningkat?... Alhamdulillah....
menurun?.... nauzubillah.... usaha lagi.. anda belum terlambat...
Hari ni jom kita tengok balik mandi wajib kita, adakah berpatutan dengan tuntutan syarak atau ada yang masih kurang. Sama-sama kita baiki, insya Allah semoga najah (kejayaan) Allah bersama kalian.
DALIL :
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :

wajib:
- Niat.
- Meratakan air ke seluruh badan.
- Membersihkan diri dari sebarang najis.
- Membaca Bismillah.
- Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
- Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
- Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang. (termasuk dalam perkara2 yang diwajibkan)
- Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
- Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
- Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
- Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
- Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
- Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
- Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
- Apakah mandi wajib kita jika semasa kita mandi, terkeluar air kencing?
- Adakah benar, ada ulama yang mengatakan tidak batal wuduk andai kita telah selesai mandi wajib?
- Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
- Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
- Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
- Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
- Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
- Adakah betul jika kita beronani ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
- Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
- Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
- Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
- Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
Wa Allahu a'lam..
Kaji balik mandi wajib kita yok!