Pandangan kita terhadap pelaku dosa

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
Sekian lama tidak menyebarkan perkongsian bersama kalian, terasa rindu kepada medan ini. Kalau dahulu kami tidak lekang dengan perkongsian bersama sahabat seangkatan. ah, mungkin juga kerana rehat ku terlalu banyak di bumi kinanah. ~muhasabah~
Menyedari kelemahan diri yang tidak sehebat sahabat seangkatan, jadi waktu intihan kena kasi lebih skitlah usaha dari orang lain, kalau orang lain habiskan sebiji kitab dalam 3 kali, maka sudah menjadi kemestian buat orang yang malas seperti diri ini lebh dari itu... (walaupun ada yang tak semapat... usaha tetap usaha.... ) ~pantang mengalah sebelum berjuang~
 Alhamdulillah dengan kelapangan yang ada ini, ana sajikan untuk kalian apa yang ana dengar dari siri ceramah al-habib ali al-jufri, semoga memberi sedikit sebanyak manfaat bersama. ~dari duk baca HOT-HOT gosip, lapangkan sedikit masa untuk menerangkan hati kita pula..~

________________________________________________
Pandangan kita terhadap pelaku dosa
kenapa kamu melihat diri kamu lebaih baik dari orang lain? mari kita fikirkan...
"behati-hati wahai orang yang hendak menuju kepada Allah"..
Jangan kamu melihat orang yang berdosa atau pelaku maksiat dengan pandangan penghinaan. 
itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya.
pandangan sebegini adalah dilarang  oleh Allah taala. ia memberi kesan kepada hati, memyebabkan hati menjadi gelap. 
Di kisahkan, telah melihat seorang abid ( ahli ibadah ) dari bani israil, seorang abid  selama 500 tahun hanya beribadah sahaja
telah melihat seorang abid dari bani israil kepada seorang fasik dari bani israil yang tidak taat langsung kepada Allah
ketika mana keduanya bertemu, kedua-dua mereka berpaling. Atas kerana apa?
~si abid berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang melakukan maksiat, dia menyangka Allah tidak mengampuninya selama-lamanya. Dia melihat dirinya lebih bagus atas sebab banyak ibadah.
sedangkan, makna ibadah yang sebenarnya adalah ibadah yang akan menambahkan kita kerendahan diri dan sendtiasa merasa kekurangan.
~manakala, orang yang bermaksiat itu pula berpaling kerana dia malu terhadap Allah taala. Ketika dia berpaling dari ahli ibadah itu dia berkata " astarfirullahal azim, siapakah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik lagi beriadah, sedangkan aku ini seorang yang fasik"
Si abid yang asalnya tadi diberi Allah karamah (kemulian) kerana ibadahnya yang bagus, karamah berupa awan yang menaunginya apabila berjalan. Oleh karana pandangan yang angkuh terhadap si pelaku maksiat karamah tersebut bertukar tempat, Awan yang tadinya menaungi abid berpindah kepada si pelaku maksiat.
Atas kerana apa?? 
-kerana rasa rendah diri yang berada dalam hati si pelaku maksiat. 
INGAT duhai saudara seakidah ku! 
Hinalah maksiat tapi JANGAN kamu menghina si pelaku maksiat. 
Hinalah kekufuran tetapi JANGAN kamu hina si kafir.
kerana hakikat yang telah dihinakan pada kafir itu adalah hakikat kekufuran.
Apakah dia hakikat kekufuran itu?
-yang mati dalam kekufuran, tetapi selagi mana dia masih hidup. ia tidak boleh dihina. kerana kamu tidak tahu pengakhiran baginya. bagaimana dia mati kelak? adakah dalam kebaikan atau kekufuran.

Kita ada 3 jenis pandangan :
1- Melihat kepada aurat, iaitu apa yang diingini oleh nafsu.
2-Melhihat dunia dengan pandagan kebesaran.
3-Melihat makhluk Allah dengan pandangan penghinaan.
(( kita diminta untuk jauhi 3 pandagan atas ))
Kita diminta berlindung dari 3 pandangan ini dengan pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati ini. Dengan pandangan yang dibenarkan Allah taala kepada kita, melihatnya dengan pandangan tafakur (berfikir).
Contohnya : pandang kepada kedua ibu bapa, kepada para ulama, saudara seakidah dengan pandangan kasih sayang, dan juga kepada pelaku maksiat dengan pandagan yang belas kasihan, serta pangan kemulian bagi mereka yang taat kepada perintah Allah.
((batasi pandangan yang ditegah dengan memandang Alquran )).
 ~sekadar hiasan~
 
Oleh kerana itulah kita diminta untuk membaca doa ini setelah usai solat :
يا مقلب القلوب و الابصار, ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك.
maksud : wahai yang membolak-balikkan hati dan pandangan, tetapkan hati kami atas agama dan ketaatan.
 
Jagalah mata (pandangan) kalian, kerana ia sangat bernilai. 
tahukah kenapa ia bernilai? 
-kerana Allah menciptakanya untuk melihat wajah Allah yang maha mulia. Serikanlah dengan memandang yang baik-baik.
______________________________________

sangat beruntung kita kerana Allah masih memberi kesempatan untuk kita membaca post ini sehingga habis,
dengan kesemptan yang ada banyakkanlah beristirfar
astarfirullahal azim, astarfirullahal azim, astarfirullahal azim....
~dengan penuh rasa kerendahan dan kehinaan~
wa Allahu a'lam
 
 

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..