imtihan period

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...




Di kala "imtihan period" ni akan berkeliaran 3 jenis manusia
~antara hubungan manusia dan ALLAH~

1- jenis yg ISTIQOM (konsisten)
 

 ~beribadah secara berterusan dr sebelum, semasa dan selepas xm. 
mereka adalah golongan yg merasai kemanisan IMAN, 
pasti Allah tak segan memberi meraka SYURGA.

2- jenis yg HIPOKRIK

~beribadah ketika xm sahaja.. 
moga ALLAH menerima perbuatan baik mereka. 
 dan diberi kekuatan sesudah itu untuk berterusan pd jalan kebaikan.


3- jenis yg KENE KERIK 


 ~golongan ini adalah mereka yg merugi. 
kerana sebelum, semasa dan selepas xm sama saja.. 
jenis "ada aku kisah".. semoga kita bukan dr golongan ke tiga..




ada antara kita yang mengatakan :
 "Ini bukan masa yang sesuai untuk berubah!"
"kalu berubah seketika je, baik takyah..."


fikir 1000 kali lagi mengenai kata-kata angkuh anda itu.. kenapa?
kerana kata-kata anda cukup bercanggah dengan apa yang di firman ALLAH..



“...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, 
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya..” (Ar-Ra’d:11)


EGO anda kepada siapa?
sedar ataupun tidak, kata-kata anda ditujukan secara berlapik kepada ALLAH taala.

Berbuat BAIKlah walaupun seketika, mungkin saja dari amalan yang sedikit itu lebih diterima disisi ALLAH berbanding ratusan amalan kita yang lain.

kenapa kita menipu diri sendiri?
-secara fitrahnya kita mahukan semua dalam keadan segera, tp kenapa tidak dalam melakukan kebaikan kepada ALLAH taala.. 

fitrah kita mahu kebaikan dalam apa jua keadaan?
-yup, cuba saja time membeli pakaian misalnya.. kenapa tidak dipilih yg koyak saja, bukankah boleh di jahit atau ditampal saja... tp kita selalu kata yg dah berjahit tak cantik la. ada ke patut jual yg dah carik dll.. ops...

TAPI...
kenapa time kita beribadah, dan melakukan sesuatu kebaikan dalam keadaan sambil lewa sahaja.. sedangkan kita tidak menyukainya... just tepuk dada tanya iman kita...

kenapa? dan kenapa??
sekarang kita perlu berubah kepada kebaikan segala, bukan tuggu esk mahupun lusa..
jom teman kita jadi baik... kebaikan bukan dari orang lain.. tp...

kebaikan itu BERMULA dari KITA

 jom jadi baik...
~kempen diri "saya soleh"



 

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..