tahniah buat teman2....



Assalamualaikum..

Alhamdulillah ku panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga buat tuhan pencipta sekalian alam, malu rasa diri ini untuk menerima pemberian dari nya... Apa tidaknya, kalau dinilai dan dibanding rahmat yang dikurniakan atas diri in,i denagn apa yang telah ku hulurkan pada nya hanyalah ibadah yang tak seberapa... ya akhiii.... bersyukurkah kita??]

Tahniah ana ucapkan kepada semua Azhari2 yang telah berjaya mendapat natijah untuk sesi 2008/2009, tahniah buat kawan2 kat kaherah yang dapat jayid tu.... tak lupa buat yang dapat jayid tertinggi... dan tak lupa buat rakan2 seperjuangan di bumi dumyat... bagi yang tak dapat naik tahun tu diharap bersabar, bila difikir, ada benarnya kata seorang ustaz "di Mesir kita tak dapat nak mengangar mahupun menduga, lepas usaha tawakkal sungguh2 dan jangan lupa perbanyakkan ingat Allah... kalu kita di takdirkan mengulang pun, angaplah diri kita masih belum bersedia dan perlukan peningkatan untuk menjadi pemegang tampuk ulama"

Alhamdulillah... bunyi khabar2 angin kata ramai yang dapat naik tahun, boleh la 2... katanya Azhar sekarang ni dalam proses naik taraf dalam mengeluarkan ilmuan2 yang mantap2 dan hebat2, insya Allah.... Jadi harapan kami pada orang kampung dan penduduk malaysia sudi memahami manhaj yang perlu kami hadapi di sini... ye la.. jangan kata kami tak pergi kuliah la... malas la... apa2 yang negatif... tak patut la kalau tuduh kami begitu, kadang2 ada mahasiswa yang tak tidur malam hanya semata ulang kaji tapi dapat natijah manqul, maqulain, maqbul je... begitulah asam garam di sini... Apabila dah dapat keputusan je... redho adalah ubat dan penawar yang paling mustajab... mungkin disana ada ujian dari Allah untuk kita... beruntunglah kita jika mampu mengawalnya menjadi salah satu dari cabang2 ibadat... insya Allah...

Rasa berat diri ini bila dengar keputusan dari ahli bait... malish... harap bersabar... kelmari, bila ada je kawan dari bumi dumyat bagi tau dah keluar natijah, hati ni rasa macam2... tak tau nok cakap macam mana... terus telifon alhi bait.. bila ye lafaz " Alhamdillah... " terubat segala... tahun ini telah berakhir dan ianya hanya satu sejarah buat diri ini... Tahun depan dalam harapan, akan ku teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat... biiznillah... sama2 kita doakan untuk kejayaan kita... amin...

kata hukama' : " menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat"

Marilah sama2 kita teruskan perjuangan, jangan karna kejayaan kita jadi riak, dan jangan karna kita gagal kita berputus asa...

...:: Allah tak bagi semua apa yang kita mahu, tapi Allah bagi apa yang kita semua perlu ::...





No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..