Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya...
renungan di pagi hari sebelum bertolak ke kota kaherah..
____________________________________________________
ketika Rasulullah saw lalu dikalangan sahabatnya,
baginda menegur para sahabatnya yg sedang ketawa.
" jika engkau tahu apa yang aku tahu, pasti
engkau banyak menangis dari ketawa..."
cuba kita renungkan dalam kehidupan seharian,
berapa kali kita menangis bila daripada ketawa?
bila kita menangis? ~adakah kita menangis dalam masa satu hari??~
apabila kita kehilangan seseorg yg kita sayangi.
apabila kita ditimpa musibah.
apabila kita sakit atau menderita kerana penyakit.
apabila harta kita hilang atau dicuri.
apabila telefon bimbit kita hilang. ~lebih suka kita mencarut dan mencaci~
apabila kita ditinggalkan oleh orang tersayang.
apabila cinta kita tidak berbalas.
fikirkanlah, sebenarnya kita sendiri tidak
tahu akan berapa banyak dosa kita kpd ALLAH.
dan kita juga tidak tahu pahala yg
kita kumpul itu adakah ianya hak kita
sepenuhnya, ataupun akan diserahkan
kepada orang lain.
fikirkanlah...
tingkatkan amal duhai teman....
tepuk dan tamparlah diri ini andai terleka.....
irfir zunubana ya Allah...
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
_________________________
3 comments:
pesanan ringkas yg terkesan d hati
:: banyak ketawa mengeraskan hati ::
~Assalamualaikum..
Sgt bermunafaat utk semua..teruskan perjuangan sahabat..
mawat berduri >> yer... moga memperoleh manfaat bersama...
saridah >> waalaikumussalam..
terima kasih atas sokongan..
Post a Comment