mereka sahabat??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tak lekang bibir ini melafazkan rasa syukur yang teramat sangat buat sang pencipta yang maha agung dalam semua ciptaannya, cuba lihat pada sekeliling kita sungguh hebat, lihat pada langit yang tak bertiang, lihat pada laut yang tak melimpah ke daratan, burung yang terbang boleh bertenggek pada pokok, kalau burung selalu terbang jadi masalah juga kan??

Di awal kalam ana ini, ana nok ucapkan ribuan kemaafan buat sahabat2 ( bagi mereka yang bergelar sahabat sahaja ).. mungkin diri ini terlalu cepat terasa dan terlalu sensitif bila kepercayaan kita dipermain2kan... Insan mana rela diperbodohkan dalam hidup mereka, walaupun ana sedar diri ini tak la sehebat mereka yang hebat... tapi diri ini berharap adanya sahabat yang boleh diberi kepercayaan, boleh dikongsi rasa gembira dah sedih... ( tinggi yang diharap yang dapat hanya habuk sahaja ), mungkin diri ini tak layak terima kawan yang baik karna diri ini tak baik...

Kecewa rasanya bila kita sedar ada kawan, tapi hanya membebankan perjuangan kita... kata Pak hasan " ukhuwwah fillah adalah wasilah perjuangan "... sedih rasanya kerana tidak mampu menjadi satu juzud daripada penyambung wasilah itu... akan ku cuba untuk itu, betullah apa yang dikata muda mudi kini " dalam percintaan jangan bertepuk sebelah tangan..." ye la.... kan ukhuwwah dalam islam itu adalah satu bentuk percintaan....

sabda rasulullah :
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”

Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya:
“Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu ti
dak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”

nah, apa hendak dikata lagi??

Allah ada berfirman :

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10.


gambar sekadar tatapan..


Ya akhiii, kenapa harus mempermain2 seseorang yang sedia percaya dengan kita... apakah tindakan kita tersebut wajar?? tepuk dada tanya iman...

Adanya ramai teman tapi satu pun tak dapat nok percaya apa faedahnya....

cuba la antum bayangkan.....

dari jauh antum datang ke umoh mereka untuk suatu program yang kawan antum rancang, pastu tak jadi..... pastu buat senyap je.... tak bagi tau sepatah pun yang bahawa prgram tersebut batal... masing2 buat macam tak bersalah je.... ya Allah geram nya rase..........
dalam masa yang sama antum ada kerja lain yang terpaksa dikorbankan ( ini semua atas gara2 nama sahabat ).... kene balik semula kat rumah asal ( bayangkan rumah antum dekat KL dan kawan antum di Trg jaraknya), ye la... kerja tu pentig juga.... tak reti ke mereka?? apa rasa antum masa tu??
gugur habis rasanya... takyah ada kawan pun takpo....
sendiri punya jawapan la.......

Apa2 bagi mereka yang ada kawan tu, hargai la mereka semasa masih ada disisi...
karna banyak manusia menangisi apabila apa yang mereka sayangi talah tiada... apa yang ada di tepi tak pernah ambik tahu..

contoh yang paling mudah, apabila antum jauh dari keluarga, dengan berada disamping mereka... kan ada beza tu..... masa dekat buat tak layan je....
bila jauh tiap2 hari talefon.... ya akhiii...


maaf kalau kalam diatas bersadur hawa nafsu dan tekanan, sekadar luahan rasa....
tapi diharap dapat diambil iktibar dari apa yang dikongsi buat kali ini...

wa Allahu A'lam...


...:: Sahabat yang berjaya menghayati keimanan inilah sahabat yang terindah ::....


3 comments:

Abd Hakim Hamidon said...

salam akhii.. ade sedikit pesanan untuk diri dan semua:
1. bila imam syafie ditanya mengenai "apakah perkara yang susah, dan apakah yg paling susah". As-Syafie menjawab: perkara yang susah adalah ketika kita ditimpa kesusahan dan musykilah.. dan perkara yang paling susah adalah SABAR menghadapinya.
2. ukhuwwah itu bertahap. paling tinggi itu ithar. dan serendahnya adalah BERLAPANG DADA.

+ sekadar renungan bersama. apalah gunanya kawan jika tak saling nasihat menasihati.

Unknown said...

ye, benar apa yg dikatakan akh hakim..

adanya kawan sebagai teman penguat dalam perjuangan, kita saling memerlukan dan saling berpautan....

tepuk dada tanya iman kita, sejauh mane kekuatan persahabatan kita??
dah sampai ke tahap ithar ke??

Mrs Nurul said...

sabar je la weh.. kalau aku, aku buat tak tahu je..lainkali taknak join dgn geng2 yang mcm tu..buat sakit hati jer..

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..