kita mudah lupa !!!


Assalamualaikum...

kaifahal iman kita hari ini??? kita perlulah selalu melihat iman kita dek kerana berbekal kepada iman yazid wa yankus, jadi wajarlah kita memastiakn iman kita dalam keadaan stabil setiap hari.... Bangkit sahaja dari tidur kita perlu ada azam untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam,

Ingin ana memetik pesanan Rasulullah..

– Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam..

– rugilah orang yang hari ini sama dengan semalam..

– dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam


dan sebelum tidur hisab diri kita dan beristirfarlah pada setiap kesalah yang kita lakukan.. Jangan kata "aku mana ada buat silap hari ini.." kata2 ini hanya ucapan dari bibir orang yang ego terhadap ciptaan Allah... karna kita perlu akaui yang diri seorang insan adalah lemah, tatkala kita berkurung di dalam bilik sepanjang hari pun kita tidak tahu dalam masa yang sama kita lupa untuk mengingati Allah karna leka dengan bermain komputer...
masya Allah... sedarkah kita??.... kita mudah lupakan??

Hari ana rasa cukup tekilan dengan dengan setengah2 dari mereka yang mengatakan mereka berjuang mencari ilmu... apa tidak nya.... bila ada sahaja program atau kelas2 yang dibuat, pada awal2 tu penuh je... bila dah masuk kali ke 2 dan seterusnya macam dah hilang semangat.... apa nak jadi??... Islam takkan bangkit sampai bila2, kalau kita masih berkeadan selesa begini... sedangkan umat Islam dalam kesempitan dihimpit oleh penjajahan dan keruntuhan yang dilakukan oleh orang yahudi mahaupun mereke yang menentang Islam.. masya Allah.. kita masih sempat tersenyum bila minum air coca cola, sedangkan sudah berapa kali tengok iklan boikotlah barangan Israil, macam tidak ada rasa apa2... kasihanilah diri kita ya akhii.....
Ingatlah Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam....

Berapa lama lagi kita mahu hidup dalam zon selesa...?? kita selalu sangat ambik mudah dengan sesuatu yang dipanggil majjanan (percuma), bila dah bagi percuma ambik ringan sahaja... apa mereka kata "ah.. percuma bukan rugi apa2 pun...", kalau berbayar pula, mereka kata " malaslah nak masuk, program tu kena bayar..." Ingat ya akhiii, kita memandang sesuatu itu biarlah guna akal sikit, jangan ikutkan nafsu yang memang tak pernah reti dengan istilah syukur... dalam satu carita, nafsu pernah dibakar berpuluh2 tahun dalam api neraka, tapi tak jadi apa2... jadi Allah arahkan nafsu ini seksa dengan kelaparan, hanya dalam 3 hari sahaja.. nafsu merasa seksa yang teramat sangat dan mengalah... jadi benarlah hadis rasulullah S.A.W:

"Wahai sekalian para pemuda, barang siapa diantara kalian telah mampu baah (menikah dengan berbagai macam persiapannya), hendaknya menikah, karena menikah lebih menundukan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barang siapa yang belum mampu menikah, hendaklah puasa karena puasa merupakan wijaa (pemutus syahwat) baginya." HR. Bukhori (4/106) dan Muslim (no. 1400) dari Ibnu Mas'ud


Jomlah kita sama2 hisab diri.... ana ajak sangat2 warga dumyat khursusnya dan amnya seluruh umat Islam... jangan kita sia2kan apa yang orang bagi kat kita walaupun ianya hanya sebuah senyuman... Marilah kita pakat2 penuhi majlis2 ilmu yang ada, insya Allah akan dinaugi oleh para malaikat dan mendapa redo ilahi, hendaknya... aamin..


...:: jangan kita tergolong dalam golongan yang buta dalam celik ::...

4 comments:

Ahmad Ulwan b Hassim said...

huhu..insaf2..

Shahibul Afzan Wahab said...

jangan sia2kan peluang menuntut ilmu yg ada...sementara masih muda, masih sihat, masih lapang dan masih hidup...

Azila said...

perkara normal y berlaku,
tp perlu diubah pd setiap hamba.
semangat hanya dtg sekejap je..

sama2 muhasabah dri..

Unknown said...

itu manusia.. kalau boleh tetapkan dalam sesuatu kerana nabi lebih suka kepada amalan yang sedikit tapi berkekalan....

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..