Perempuan pakai seluar???


SOALAN:

apakah hukum perempuan pakai seluar?

adakah kitab rujukannya?

JAWAPAN:

Boleh, ( baca sampai habis, jangan tergantung ) itu hukum asal tapi pada masa yang sama perlu dinilai dengan niat dan keadaan semasa, kalau niat nok menunjuk2 hukumnya tetap HARAM… Islam sama sekali melarang umatnya menunjuk2 dalam apa jua keadaan… dan HARAM yang kedua, sebab mendedahkan aurat, INGAT!!! had aurat perempuan muslim adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan n wajahnya sahaja (mengikut mazhab syafie)… kita lihat di malaysia wanita mengenakan seluar yang ketat n sendat serta menampakkan lurah bahagian belakang (itulah yang tak boleh 2)

dalilnya:

مَن لم يَجد إزارا فليلبس سراويل

Maksudnya : Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]

Hukum ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tapi seluar perempuan hendaklah berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المُتشبهينَ مِن الرجَال بالنِسَاء ، والمتشبهَات مِن النساء بالرجَال


maksudnya : Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki ” [Bukhari, 5885]

Seluar perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya designya, longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi figur (bentuk badannya, terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:

وَنِساء كاسِيَاتِ عَاريَات
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]

Ini pendapat dalam madzhab Syafie melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

Rumusan:

1. wanita boleh memakai seluar jika seluar itu berlainan dari fesyen lelaki, tidak ketat, dipakai pakaian luar menutupi pinggulnya

2. Terdapat fatwa yg keras dari KSA (Kingdom of Saudi Arabia) bahawa wanita ditegah dari memakai seluar panjang yang ketat dan menampakkan pinggulnya. sekian wa Allahu a’lam…

Sumber rujukan:

1 - http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35202

2 - http://alrisalah.wordpress.com/2008/03/12/hukum-perempuan-pakai-seluar/

Category:

1 comment:

solo mum said...

ilmu yang berguna.... yg makin dilupakan akhir2 ini. Mintak izin copy ke blog solomum

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..