Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
6 Kebimbangan bagi orang mukmin
Di bawah adalah 6 perkara yang sentiasa menjadi kebimbangan bagi orang-orang mukmin:
1. Bimbang sekiranya Allah mencabut imannya.
2. Bimbang perbuatan buruknya yang dicatit oleh malaikat akan menyebabkan terbuka aibnya di akhirat kelak.
3. Bimbang syaitan akan merosakkan amalnya.
4. Bimbang seandainya malaikat mencabut nyawanya dengan tiba-tiba ketika dia berada dalam kelalaian atau kelekaan.
5. Bimbang dirinya asyik dengan kehidupan dunia sehingga melalaikannya mengingati akhirat.
6. Bimbang kesibukan kepada keluarganya membuatkan dia lalai daripada mengingati Allah swt.
hitung-hitungkan amal kamu sementara kamu mampu bernafas di alam ini.
jangan penyesalan menerpa takkala kamu dipukul malaikat penyoal kubur..
3 comments:
mati...entah bila akan tiba...dosa masih banyak....amalan tak seberapa...
Pandang guna hati,
Fikir guna iman....
Yang kabur pasti akan jelas....
(^-^)
Bermanfaat.
Harap semua sdia berkhidmat buat agama Islam..
proud be a muslim..
Post a Comment