kenyang



Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
___________________________________

Tersebut dalam kitab Makaidu 'sh-shaytan, bahawa kenyang itu membibitkan gejala2 terkeji, di antaranya:

1. Memalingkan hati daripada takutkan Allah [swt].

2. Memalingkan rasa belas dan ikhsan hati terhadap makhluk Allah kerana hati akan menyangka dan merasa bahwa semua makhluk kenyang sepertinya.

3. Menjadikan diri berat utk taatkan perintah Allah [swt].

4. Hati begitu berat atau sukar tunduk mengakui kata2 yg benar.

5. Menyebabkan penyakit.

[Prof Dr Harun Din]

__________________________________

bila makan ingat la orang lain...

sabda nabi salla Allahu alaihi wasalam.

Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?


ingatkah kalian pada sebuah lagu nyanyian kumpulan mustica:

~~sendu sendawa~~

Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa

C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya


di riwayatkan sendri oleh isteri Rasululah s.a.w ,aisyah r.a; keluarga Rasulullah s.a.w tidak pernah makan roti gandum hingga kenyang selama dua hari berturut2 sampai baginda wafat..

wa Allahu a'lam.


10 comments:

Sha-na.Szied said...

semoga kita menjadi hambanya yang syukur , sayunya tgk gambar budak tu.. :'(

Unknown said...

sedihnye tgk budak tu...

terus rase insaf dan bersyukur dgn nikmat yg ade...

~nsar~ said...

masyallah bagus sekali entry ni..

Unknown said...

kadang2, kita terlalu melihat ketinggian sehinggakan kita lupa di sebalik longkang dan tepian longgakan sampah ada insan yg menanti empati dari kalian...

muhasabah bersama,
banyakkan berpuasa bagi menginsafi diri..

Eddy Ahmad said...

perhh sedeyh gler tgk gamba budak 2 :'(

Yu. Syamz said...

اللهم اجعلنا من الشاكرين....آمين

Nurul Liyana Binti Norazimi said...

assalamualaikum sy nk tny kalau ad yang tahu tentang matan hadis ni?

Nurul Liyana Binti Norazimi said...

assalamualaikum...sy nk bertanya bg sesipa yg mengetahui matan hdis tu ye.....?

Nurul Liyana Binti Norazimi said...

assalamualaikum...sy nk bertanya bg sesipa yg mengetahui matan hdis tu ye.....?

Unknown said...

maaf akhti nurul liyana...

matan yg sebijik mcm kat atas ana tak jumpa....

حَدَّثَنِى عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنِ الأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم مُنْذُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ مِنْ طَعَامِ بُرٍّ ثَلاَثَ لَيَالٍ تِبَاعًا حَتَّى قُبِضَ

ni matan yg hampir sama.. (mengunukan torik yg berbeza)

harap bermanfaat..

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..