Sebelah Kanan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Apa khabar orang semua??
moga-moga dalam rahmat dan naungan Allah sentiasa..

saja je hari ini nak santai-santai sikit, bercerita mengenai pemakaian jam...
ramai yang memperagakan jam tangan mereka di sebelah kiri, sememangnya tidaklah menjadi satu kesalahan mahupun berdosa..

Cuma alkisahnya tidaklah secocok buat apa yang baik berada pada tempat yg kurang baiknya..
ye la....
bila kalian nak buang air besar mahupun kecil, ada buang jam dari tangan??

kalau buang, bagus la...
tp kebanyakan kita tidak membuang jam tersebut..
dibiarnya melekat pada tangan kirinya... tak patut



Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum.

Manakala mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang kurang
mulia, seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat.

Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.

Lagi pelik bin ajaibnya. Bila ditanya kenapa pakai sebelah kiri??
jawapanya :
"entah la"
"saja-saja.."
"fasyen kot...huhuhu"
" dah terbiasa"

apa saja jawapan anda, anda yang membuat pilihan....
sedangkan anda maklum, apa yang baik pada tempat yang baik...

Contoh mudah..


Dalam majlis penyerahan sijil atau famousnya graduated...
tangan mana yang akan anda dahulukan???

semestinya tangan KANAN kan??




fikir dan renungkan....
tidak salah jika setiap perbuatan dan pekerjaan kita bersalutkan kebaikan seiring dengan tuntukan rasulullah salla Allahu alaihi wasalam...

hanya menukar kedudukan jam sudah dapat pahala??
"mudah bukan..."

ISLAM itu syumul dan tidak menyusahkan...
berubah dan terubah kerana kebaikan dan kerana itu satu tuntutan...



''Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku."


Jom perbetulkan kedudukan jam anda.....

10 comments:

Sarah-sireh said...

Assalamualaikum, saya pakai jam di tangan kiri kerana saya merasa terganggu apabila menulis apabila dipakai di tangan kanan, dan setiap kali sy ke tandas.. confirm bukak.. bole x?

Unknown said...

wasalaikumussalam,

sebagaimana diatas, saya tidak mengatakan bahawa memakai jam di sebalah tangan kanan adalah wajib, cuma disana hukumnya harus.

tidak salah utk kita melakukan sesuatu kebaikan.

nabi ada berkata, semua perbuatan hamba ku adalah ibadah..

bagaimana ia dikatakan ibadah??
-apabila kita membuat yg baik serta meniatkan apa yg kita buat semata2 kerana Allah dan ingin mendapatkan redhonya semata.

Sha-na.Szied said...
This comment has been removed by the author.
Sha-na.Szied said...
This comment has been removed by the author.
Sha-na.Szied said...

ya Akhi, hurm mekasih atas peringatan tp bg saya.. ini adalah taste masing2.. kalau taste ni.. mmg susah orang nak describe "kenapa hang pakai belah kiri??"

pernah jd perbahasan dngn akhowat dr U oversea ****, die kata... "saya nak calon suami yg pakai jam belah kanan.. "

akibatnya bile diorang balik dr ****.. diorang pon pakai tudung tiga segi pendek.. so paham2 je la..


but for me ya akhi... erm sebab saya menulis belah kanan.. bila kita pakai jam belah kanan.. sambil tulis. pergelangan tangan kanan saya jadi sakit dan merah sbb sambil tulis dan pakai jamm..

so ade sebab tuh kenapa mereka pakai belah kiri ..

akhir kalam, tak emo pon pasal ni.. cume, macam tak sangker lah leh jd perbahasan.. buts.. thx for this entry.. maybe lepas orang bace they all boleh berubah..amar makruf nahi mungkar. its gud..

saya percaya 4/10 akan berubah

:) peace no war..

Sha-na.Szied said...

then kebanyakan yg gune kat tangan kanan..sebab they'all kidal..

kalau memudaratkan tangan pon tak boleh jugak.. sebab itu saya yg menulis tangan kanan memakai jam di bahagian tangan kiri..

AND ONE THINGS,

islam kan mudah & tak menyusahkan
malah memang bagos ikot sunah

but dlm certain hal
kite x perlu ikot kalau boleh memudaratkan diri
cube memudahkan ape yg sedia ade
jgn menyusahkan
utamakan yg mudah



dan ofcourse, kalau bab2 lain harus mmg seharus2nya saya utamakan yg kanan..


cume bab jam ni je saya kiri.. btw, mekasih atas peringatan ..

assalamualaikum :)

Alif Haris said...

perghh serius style la :) suke ! haha

Unknown said...

kepada : Sha-na.Szied

saya akui bahawa memakai pada mana2 tangan bukan la menjadi masalah yg besar, cuba tidak mahu kita TERTINGGAL dalam melakukan kebaikan. itu saje.

satu cerita yg pernah saya dapat ketika berusrah dulu2...

ada seorang guru masuk ke kelas sambil tersenyum manis..
-"anak2 bila saya kata angkat tangan kanan, kamu angkat tangan kanan. bila saya tangan kiri, kalian angkat tangan kiri."
(anak murik dgn mudah dapat melakukannya)
-"baiklah anak2, kali ini, bila saya kata tangan kanan, angkat tangan kiri dan sebaliknya.
(pada mulanya anak2 menjadi keliru, tp lama kelamaan menjadi kebiasaan dan mudah dilaksanakan)
* natijahnya: kita akan terbiasa pada apa yg kita biasa, tp kita tidak sedar apa biasa itu kurang baik bagi kita...

kata org2 tua: alah bisa tegal biasa.

-rebutlah kebaikan walaupun hanya mengalihkan batu dr tengah jalan-

orang cerdik mencari jln... (dan sebliknya)

Sha-na.Szied said...

Ya akhi. syukran, nt saya bgtaw kwn2 lain ye supaya pakai jam tangan kanan.

Unknown said...

syukran ya ukhti..
semoga kita memperoleh ganjaran dr Allah sentiasa...

himpunlah amalan kamu umpama beberapa detik lg kematian akan menjemput kamu....

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..