Aldolf Hitler dan kek


Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Siapa sangka sekejam Aldolf Hitler meminati kek coklat.
Sedarlah, bahawa manusia ini sememangnya berfitrah lembut dan sukakan sesuatu yang enak.

Siapa tidak suka kepada kebaikan? walaupun di mata kebanyakan manusia dia kelihatan kejam dan rakus menumpahkan darah. tp dalam jiwanya tercalit kelembutan dan cinta kepada kek coklat.

Begitulah begitulah juga jiwa rakan2 seakidah kita.
Janganlah ada dalam diri kalian rasa benci kepada mana2 saudara seakidah anda khasnya dan umumnya semua manusia tanpa mengira agama.

Yer, kadang2 kita terlalu cepat menilai hinggakan terlupa yang si lebah itulah yang memberi madu. dik kerana sekali kene sengat, habis sarangnya dibakar... kejam...


INGATLAH dan terus mengingat duhai teman..

jangan kita terlalu alpa untuk menghukum, perhati, fikir, analisis, dan hukumlah dengan adil...

JANGAN hanya bergesel lengan sanggup diputuskan hubungan adik beradik....
tak cukup dengan itu, disambung sampai anak cucu...

Teringat kata Imam Ghazali: Apabila kamu suka pada seseorang itu, sukalah dengan berpada kerana mungkin satu hari nanti kamu akan membencinya dan apabila kamu benci pada seseorang itu,, bencilah dengan berpada kerana mungkin satu hari nanti kamu akan menyukainya.


Wa Allahu'alam..




...:: kita mampu ada 1000 lawan dalam 1 hari,
tapi belum tentu kita mampu mencari 1 kawan dalam masa 1000 hari ::...

No comments:

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..