Buku 6

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


  • Tajuk Buku : Risalah Ta'alim
  • Penulis : Muhammad Abdullah al-Khatib
  • Penterjemah : Mohd Nizam bin Mohd Ali
  • Penerbit : Dewan Pustaka Fajar
  • Halaman : 424 mukasurat
  • Harga : rm29.00


Tak salah andai buku ini dijadikan bahan bacaan anda.

Para aktivis gerakan Islam sudah sedia maklum tentang Risalah Taalim yang menjadi garisan gerak kerja amali harakah islamiyyah, yang dibangunkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Syeikh Abdullah Al-Khatib mensyarahkan dengan terperinci mengenai Usul Isyrin (Prinsip 20) dan rukun bai'ah, iaitulah kandungan Risalah Taalim yang perlu difahami sebenar-benarnya. Imam As-Syahid mengasaskan sebuah harakah Islamiyyah di atas dasar-dasarnya, lalu berkembang sehingga ke melebihi 80 buah negara.


TAJUK-TAJUK USUL 20 (Rukun pertama - faham )

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.


dan banyak lagi, beli dan baca.....

(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka) Al-Ahzab : 39



….Cuma minatku pada membaca….


Category:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..