Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Sang fakir cuba mengelak dari membesar-besarkan cerita mengenai penganiaan kami di mesir, tapi sejak kebelakangan ini makin lebat deruan dan terjahan tajam keatas kami mahasiswa/wi mesir. Kenapa dan kenapa?
Kerana kami memilih jalan yang benar, itu yang menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Masya Allah, semoga Allah membuka hati-hati mereka..
Cerita dulu2... ( malas ler nok tulis)
Tapi.....
Lepas himpuanan BERSIH, kami menerima pelbagai ugutan sehinggalah ingin menarik balik pinjaman dan zakat yang kami terima.
Beberapa hari lepas ada beberapa orang pelajar dimaklumkan telah di berhentikan pembelajaran kerana menyertai BERSIH.
Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.
Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.
Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.
Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.
Duhai saudara seakidahku, kirimkan doa kalian kepada kami agar terus tabah dalam jalan ini...
Musuh-musuh agama tak pernah rasa cukup selagi tidak dapat menjatuhkan Islam, waima hakikatnya mereka selama-lama tidakkan mampu...
1 comment:
salam
sabar wahai saudara2 ku seislam..
insya allah allah sentiasa bersama pihak yang benar ,cuma perlu yakin benda tu ^^
Post a Comment