Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Perjalanan ke kaherah (ibu negara mesir) adalah sesuatu yang memenatkan, tambahan pula udara panas membahang bak ayam panggang di dalam ketuhar saja.masak!!
seperti biasa, ana lebih seronok memulakan perjalanan ke kaherah di awal pagi, ini kerana setibanya di kota seribu menara tepat jam 12 tengahari, bukan sebab panas tapi kerana pada waktu itu kenderaan untuk ke hayyu asyir lebih mudah dan cepat.
bertepatan dengan hadis rasulullah salla Allahu alaihi wasalam :
"Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan kebutuhan-kebutuhanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barokah dan keberuntungan. "(HR. Ath-Thabrani dan Al-Bazzar)
"Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar). (HR. Ahmad)
"Ya Allah, berkahilah umatku pada waktu pagi hari mereka (bangun fajar). (HR. Ahmad)
alhamdulillah, seperti yang dirancang perjalanan seawal 8pagi-4petang membuahkan hasil, ana tiba di destinasi pertama, iaitu rumah abang ana di hayyu asyir.
Untuk makluman umum, antara pengangkutan umum yang biasa menjadi pilihan warga Dumyat untuk ke kaherah adalah :
- Bas - agak jauh dari tempat tinggal kami, lebih kurang 45minit untuk ke perhentian bas, tetapi perjalanan lebih selesa dan terjamin, insya Allah. Perkhidmatan bermula seawal 7pagi sehingga 7malam, akan bertolak setiap satu jam. Memakan masa 5-6jam perjalanan.
- Tremko (van) - naik tremko sedikit meletihkan, ini kerana kami terpaksa turun naik tremko lebih kurang 5-6 kali. Cuma sedikit kelebihannya ialah menjimatkan masa, kebiasannya menaiki tremko memakan masa dalam 3jam-4jam sahaja.
- Keretapi - perjalanan yang mungkin kurang selesa dengan pewangi yang sememangnya tidak digemari rakyat Malaysia, dan antara kekurangan menaiki keretapi adalah memakan masa yang agak panjang, lebih kurang 6-7jam, cuma kelebihan yang tiada pada pengangkutan lain ialah tambangnya yang agak murah.
Setiap dari kenderaan tersebut memiliki kelebihan yang tersendiri, jadi pandai-pandailah membuat pilihan mana sesuai dengan keadaan dan ekonomi anda.
Sedikit renungan buat anda hari ini,Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah swt, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Wa Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment