Cinta Dan Buah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Dalam usaha memastikan blog terupdate setiap hari tidak kurang besar cabaranya, bukan mudah memberi sedikit ruang kepada proses mengupdate. Dalam usaha menjadikan "setiap hari dakwah".

Yer, dari bajet masa hanya setengah jam, jadi berjam-jam lamanya. Kelemahan diri sang fakir dalam membahagikan masa cukup bermasalah dari dulu kini dan tidak untuk selamanya. Ini kerana sang fakir dalam cuba dan terus mencuba dengan pelbagai cara bagi memastikan setiap ruang lingkup masa disi dengan baik, berfaedah dan tersusun.

Kehadiran diri sang fakir ke bumi Kinanah bagaikan satu tamparan hebat untuk melakukan sesuatu secara istiqomah. Mungkin saja masalahnya berpunca dari ketidak stabilan waktu di bumi Kinanah, pada musim sejuk kami terpaksa berhadapan dengan malam yang agak panjang berbanding siang, tetapi berbeda dengan musim panasnya, kami terpaksa menempuh siang yang agak ketara berbeda dengan musim sejuk. Seawal tiga pagi laungan azan Subuh telah mula bergema, manakala laungan azan Magrib dalam pukul 7 petang. Masya Allah, hebat kuasa Allah.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan puasa misalnya, mereka terpaksa berpuasa dalam tempoh lebih kurang 16jam untuk sampai waktu berbuka. Agak panjang bukan?

Alhamdulillah, berkat SMAASZA cukup terkesan buat diri sang fakir, kebiasaan kami berpuasa pada siang hari menyebabkan kami kadang-kadang terbiasa dengan keadaan itu, almaklum saja, kalau dulu kami berpuasa dengan hanya memakan makanan yang disediakan untuk makan petang terus kepada niat puasanya. Dan tiada lagi makanan berat selepas itu melainkan makanan ringan sahaja. Jadi tempoh 16 jam tidak menjadi masalah, cuma kadang-kadang kecundang jua dek kerana cuaca yang agak membahang. Tak tertahan juga iman sang fakir, mohon doanya daripada kalian agar dikuatkan iman.

Bukan niat dihati berbicara mengenai puasa pada saat sang suria malu-malu menunjukkan diri. Tapi sekadar perkongsian biasa tiba-tiba muncul dibenak nan sewaktu melihat awek-awek arab lalu kat depan mata ( moga dijauhkan Allah dari fitnah wanita, nauzubillah)

Hanya sebuah imbauan cerita dari sang fakir buat santapan bersama.

Alkisah bermula sewaktu pertemuan sang fakir dengan seorang teman di sebuah kedai makan, hanya untuk melepaskan rindu, kami membuat temu janji untuk bersua muka di sebuah kedai makan (hanya teman lelaki).

Seperti sedia kala, kami akan memulakan bicara dengan bertanyakan khabar bagi mengukuhkan ikatan yang kian lama dibina dengn utuh sekali. Pertemuan setelah bertahun lamanya tidak bersua menjadikan masa agak singkat buat kami, cukup cemburu masa dengan sebuah pertemuan dalam mencari redhoNya, insya Allah. Perbualan kami berkisar antara cita-cita dan cinta.

Cita-cita?? Cinta?

Hari ini akan ku kongsi sedikit pendapat kami tentang cinta.

Yer, cinta wanita. Kiranya wanita idaman. ( sambil ketawa kecil)


_________________________________________

Sang fakir “ Kamil, bagaimana rupa zaujah anta nanti ye?

Kamil dengen wajah selamba “ ala biasa-biasa saja, nabi salla Allahu alaihi wasalam dah menganjurkan kita agar mencari wanita solehah, bukan?

Sang fakir “ yer, baguslah kalau begitu. Dimana nak cari wanita yang solehah tu ye?

Kamil “ insya Allah ada, Allah dah memberi janjinya dalam al-Quran. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, manakala wanita yang baik utk lelaki yang baik. Kita mulakan dengan diri kita dahulu, insya Allah yang baik itu akan hadir. Ana bawakan satu analogi mudah kepada anta, hanya tukang kebun yang hebat tahu pokok mana yang baik untuk dia tanam.

Ala.. ustaz Azhar ada katakana, kalau dah ahli burung, hanya bunyi bunyi burung boleh menyebabnya mandi junub. hanya yang soleh mengenal solehah.”

Anta macam mana fahim?” kamil cuba menduga minda sempit sang fakir.

Sang fakir “ ana macam anta la, mengimpikan bidadari dunia. Cuma sekarang fitnah terlalu berleluasa. Apa tidaknya, sana sini buang anak, terlalu mudah mereka melempias nafsu mereka, takut rasanya andai diri ini diuji Allah dalam zaman fitnah. Ana ingat nak cari yang berniqablah.

Bukan terlalu mengimpikan mentari jatuh keriba, Cuma sekadar harapan, tak salah rasanya.

Kalau kita ke kedai buah pun kita tak mau beli buah yang dah lebam dan penuh berhabuk. Sudah tentu kita cari yang baik,lagi baik kalau buah tu dalam plastik, lepas tu ada dalam kotak yang masih belum dibuka.”

“Masya Allah, tinggi menggunug harapan anta. Sahhala Allahulaka ya akhii. “ sampuk Kamil

“Kita sekadar merancang, Allah jua lebih baik perancangannya. Moga yang baik dari Allah itu terasa baik buat kita hambanya.” Lantun sang fakir.

“Insya Allah…” balas Kamil.

Tangan terus lancar di bawa ke mulut, tanpa segan silu mulut sedia mengunyah mengikut kadar fitrahnya.


_____________________________________


Allah S.W.T berfirman,Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Hanya sebuah coretan di pagi hari buat kalian yang sudi membaca. Cerita ini dipaparkan selepas melalui sedikit perubahan agar tanpak lebih menarik, insya Allah.

Harap ada sekelumit manfaat buat yang membaca.

Wa Allahu a’lam.


Sang fakir.

Dumyat jadidah, Egypt.

30 Rejab 1432.

5.52pagi

1 comment:

mujahidah Qawiey... said...
This comment has been removed by the author.
Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..