Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...
Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Graduasi Mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah yang diadakan di Dewan Al-Azhar Confrence Centre (ACC).
Ianya diadakan adalah bertujuan meraikan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada mahasiswa Markaz Ta’lim Lughah ‘Arabiah Al-Azhar yang telah berjaya di dalam peperiksaan yang diadakan baru-baru ini.
Majlis graduasi tersebut yang dihadiri oleh Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib yang juga merupakan perasmi bagi majlis graduasi tersebut. Turut hadir bersama adalah Syeikh Muhammad Ibrahim dan para masyaikh Al-Azhar yang lain.
Pihak KPT Mesir merakamkan jutaan tahniah kepada mahasiswa Terengganu Mesir yang kesemuanya telah berjaya di dalam graduasi tersebut. Seorang mahasiswa Terengganu, Ahmad Ashbahani bin Abu Bakar telah dinobatkan sebagai mahasiswa ketiga terbaik Al-Azhar di dalam peperiksaan baru-baru ini.
Selain itu juga, mahasiswa Terengganu tidak ketinggalan untuk membuat persembahan pada majlis graduasi tersebut dihadapan para tetamu jemputan yang terdiri daripada Syeikhul Azhar dan para masyaikh yang lain.
Sebagai tanda penghargaan, pihak KPT Mesir telah meraikan kejayaan mahasiswa tersebut di dalam majlis Malam Mahabbah KPT yang diadakan baru-baru ini.
Pihak KPT Mesir yang diwakili oleh Ketu Biro Akademik, Saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani turut menghadiri majlis tersebut sebagai tanda penghargaan pihak KPT Mesir terhadap kejayaan tersebut.
“Ini menunjukkan mahasiswa Terengganu bukan sahaja berjaya di peringkat mahasiswa Malaysia di dalam bidang akademik, malahan ia juga diiktiraf di peringkat Al-Azhar” ujar saudara Zahani ketika ditemui.
sumber asal dari laman KPT
p/s : maaf banyak-banyak kerana tiada sebarang perkongsian dalam masa terdekat ini. Duk kat kota cairo. Jadi nak online agak terhad skit la berbanding dengan rumah sendiri..
No comments:
Post a Comment