Nafsu DEGIL Kepada Allah

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Salam satu akidah semua, apa khabar semua??

Dalam asyik mengamit kenangan-kenangan lama, sambil tangan mengurai lembut lembaran-lembaran yang ana sedia bawa dari Malaysia. Terasa cukup istimewa setiap titipan dakwat yang tertera pada lembaran tersebut.

Mata ku tersasar pada buku catatan kecil yang sememangnya menjadi kewajipan kami untuk membawa ke mana-mana agar tidak tertinggal sebarang maklumat dan info semasa.

"Kita pelajar", mencatat adalah amalan yang agak sebati dengan diri sang fakir, dalam membelek-belek setiap lebaran dengan penuh rasa ta'jub dan teruja, mata ini cepat mengarah pada kalam Ustaz Engku Hasan ( lebih popular dengan nama Ust Ku ) dalam satu tazkirah beliau dalam majlis perhimpunan pagi. Cukup terkesan sekali kalam beliau.

Di naqalkan dari sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Jom kita puasa!!

Tingkatkan amal kita pada bulan tarbiyyah ini..



Category:

2 comments:

MuNie said...

selamat berpuasa akhi. :)
pernah dengar cter ni di Nadwah SBP 2004. refreshing story. ^^

Unknown said...

Salam Ramadan

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..