Perancangan

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, dan semuanya berada dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...

Cuti datang lagi dan lagi....

Perancangan perlu la ada, baru hidup bermatlamat dan berwawasan..

Tengok saja pada sejarah nabi Muhammad salla Allahu alahi wasalam. Perancangan baginda cukup teratur ketika berlangsungnya penghijrahan baginda dan para sahabat ke kota Madinah munawwarah. Andai tanpa perancangan yang teratur sudah pasti mereka gagal berhijrah dek kerana kaum Quraisy sentiasa menghalang mereka keluar dari kota Mekah. Kebijaksanaan baginda dalam mengatur stategi seperti hijrah dilakukan pada waktu malam sahaja, pada siangnya mereka mesti la hidup seperti biasa, serta hijrah rasulullah salla Allahu alaihi wasalam antara golongan terakhir adalah sebahagian dari strategi..

so..

Jom lakukan perancangan, jangan rugikan masa cuti anda. 4bulan tau!!...


Antara cadangan yang ana terima :
  1. duk je kat Cairo, g kelas kat sana (sangat susah, sapa nak jaga ikan kat umah??)
  2. terus tinggal di Dumyat, jalani kehidupan biasa ( dipertimbangkan)
  3. terjemah kitab (huhuhu.... terlalu dasyat)
  4. baca buku (sudah semestinya, sememangnya hobiku)
  5. Libatkan diri dengan persatuan (ermmm.....)
  6. langsingkan badan... (akan dicuba... mungkin sbb dah berisi sangat kot..)
  7. melancong.. (ekonomi tak stabil ler )
  8. ambik tiket terbang ke Malaysia (tidak!!!...)
  9. KAWIN...... (belom masanya lagi.... tggu samapi Phd dulu..)
  10. ini saje yang dapat setelah seharian meminta pandangan rakan2. terima kasih semua yang menyumbang cadangan2 yang bernas ini...
Justifikasinya, aku bersamamu DUMYAT...

hanya minatku pada membaca.....

post dlm mood suka2....
Category:

2 comments:

Muhammad Izuan said...

slm. bela ikan apa?

Unknown said...

wasalam,
huhuhuhu... dah bela pun, sampai jadi masalh pula bila nok pergi jln2, tak tau nok minta sapa jaga ikan 2....

terima kasih atas cadangan...

Daisypath Vacation tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..:: Jom Kongsi ::..